Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 27/11/2009
Sambutan Aidiladaha warga Malaysia di Indonesia meriah

Sambutan Aidiladaha warga Malaysia di Indonesia meriah

27/11/2009 4:13pm

JAKARTA 27 Nov. — Kemeriahan ibadah korban turut dirasakan kira-kira 500 rakyat Malaysia termasuk pelajar yang menyambut Aidiladaha di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia.

Mereka bergotong-royong melapah tiga ekor lembu dan 28 ekor kambing yang kemudiannya disedekahkan ke sembilan buah rumah orang tua dan anak yatim di sekitar kedutaan.

Upacara penyerahan dilakukan oleh Kuasa Usaha Sementara Malaysia di Indonesia, Amran Mohamed Zain.

Sebelum itu, mereka menunaikan solat sunat Aidiladha di Dewan Besar Kedutaan yang diimamkan oleh Atase Agama, Abdul Aziz Jusoh. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN