|
NEW DELHI 27 Nov. — India telah memberi amaran akan mengenakan tindakan tegas terhadap warganya yang terbabit dalam aktiviti migrasi haram di luar negara bagi memastikan hanya mereka yang mencari pekerjaan yang sah tidak menghadapi masalah.
"Salah satu sebab ialah kegiatan haram oleh orang tengah warga India yang mengendalikan operasi dari negara-negara tuan rumah.
"Misi kita untuk mencekup elemen yang tidak bertanggungjawab, mengumpul perisikan dan perkongsian maklumat dengan agensi penguatkuasaan India supaya mereka boleh didakwa mengikut undang-undang India,” kata Menteri Hal Ehwal Warga India di Luar Negara, Vayalar Ravi.
Kerajaan India juga bercadang memperkenalkan undang-undang baru bagi menangani dengan tegas aktiviti migrasi haram dan bercadang menggantikan undang-undang penghijarahan yang sedia ada.
"Kementerian komited dalam mengubah proses penghijarahan supaya ianya mudah, berkesan, telus, teratur dan sifat kemanusiaan,” katanya pada persidangan tahunan keempat Ketua-Ketua Kedutaan dari negara-negara Teluk, Libya, Malaysia, Yemen dan Maldives di sini hari ini. - Bernama
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|