Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 27/11/2009
Dua wanita hangus, dua lagi melecur

Dua wanita hangus, dua lagi melecur

27/11/2009 2:42pm

KUALA LUMPUR 27 Nov. — Dua wanita maut apabila kereta yang mereka naiki terbakar setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya di kilometer 11, Jalan Batang Kali-Genting, dekat sini malam semalam.

Dalam kejadian pukul 8.55 malam, Low Lian Hooi, 60, dari Kampung Baru Tambahan, Ulu Yam Baru dan Tee Eng, 62, dari Ulu Yam Lama yang duduk di kerusi belakang terperangkap apabila tayar belakang sebelah kanan kereta itu tiba-tiba meletup sebelum kenderaan itu terbabas ke dalam longkang dan terbakar.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Norel Azmi Affandi Yahya berkata kedua-dua mereka mati di tempat kejadian, manakala pemandu serta penumpang di kerusi hadapan, yang masing-masing berumur 50-an, melecur dan kini dirawat di Hospital Kuala Kubu Baharu.

"Kedua-dua mayat juga dihantar ke hospital yang sama untuk bedah siasat,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, polis masih menyiasat punca kemalangan sama ada wujud unsur jenayah. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN