Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 27/11/2009
MBSA lanjutkan tawaran potongan bayaran kompaun

MBSA lanjutkan tawaran potongan bayaran kompaun

27/11/2009 2:38pm

SHAH ALAM 27 Nov. — Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melanjutkan sehingga 31 Dis depan tawaran potongan 50 peratus bayaran kompaun kesalahan letak kereta dan lalu lintas di bawah kawasan pentadbirannya.

Pegawai Perhubungan Awam MBSA Shahrin Ahmad berkata keputusan itu dibuat untuk memberi peluang kepada pesalah kompaun yang mungkin masih belum berkesempatan menjelaskan kompaun tertunggak mereka.

"Kempen potongan ini kita lancarkan pada pertengahan Oktober lepas dan sepatutnya berakhir hujung bulan ini, tetapi kita lanjutkan kerana selepas ini MBSA tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan mahkamah kepada mereka yang berdegil,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, selepas tempoh lanjutan itu berakhir, MBSA akan menubuhkan sebuah pasukan petugas bagi mengesan pemilik kompaun di rumah mereka di mana bayaran perlu dibuat tanpa sebarang potongan.

Katanya, mereka yang ingkar juga akan diberikan notis untuk hadir ke mahkamah. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN