Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 27/11/2009
Agenda perubahan iklim jangan sebabkan sekatan perdagangan baru

Agenda perubahan iklim jangan sebabkan sekatan perdagangan baru

27/11/2009 2:37pm

PORT OF SPAIN 27 Nov. — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, usaha mempromosikan perubahan iklim perlu konsisten dengan mengekalkan kebebasan dan keterbukaan perdagangan serta pelaburan global, tanpa mewujudkan sekatan baru kepada perdagangan dan pelaburan.

Perdana Menteri turut menggesa kepada perubahan dalam sistem perindustrian, model perniagaan, andaian ekonomi, peraturan pasaran dan kerangka tadbir urus bagi menangani cabaran yang dibawa oleh kemerosotan alam sekitar.

"Kita tidak boleh beroperasi dalam keadaan seperti biasa. Kerajaan dan sektor swasta perlu melakukan perubahan dalam cara kita beroperasi,” kata beliau dalam ucaptamanya kepada Majlis Perniagaan Komanwel di sini pada Khamis.

Beliau berkata, pelbagai komitmen yang ada di bawah perdagangan perlu ditangani dengan cara yang komprehensif dalam menguruskan agenda pembangunan negara-negara membangun selain langkah untuk mengurangkan perubahan iklim.

"Kita perlu berusaha bagi memperkukuhkan pembangunan ekonomi di negara-negara ini. Oleh itu, sebarang piawaian terhadap alam sekitar perlu konsisten dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan tidak digunakan sebagai samaran untuk fahaman perlindungan,” kata Najib. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN