|
KUALA LUMPUR 27 Nov. - Naib Presiden MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, beliau gembira kerana mesyuarat luar biasa (EGM) kedua yang dirancang diadakan esok dibatalkan sebaliknya diganti dengan taklimat khas bersama perwakilan.
Katanya, keputusan itu dapat membantu keadaan parti itu yang semakin dilanda kemelut kepimpinan apabila ada kumpulan yang bertegas mahu mengadakan EGM kedua itu kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pada EGM yang diadakan sebelum ini.
“Dari mula EGM yang dirancang diadakan esok itu pun sudah menimbulkan persoalan sama ada ia sah atau tidak dari segi perlembagaan parti. Saya gembira kerana ia dibatalkan.
“Selepas ini, apa yang perlu ditumpukan adalah bagaimana cara untuk dibuat pemilihan parti yang baru. Ia perlulah mengikut perlembagaan parti.
“Apakah seksyen-seksyen berkaitan pemilihan di dalam perlembagaan parti, itu semua perlu dipatuhi,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pameran Hartanah Star 2009 di sini hari ini. - Utusan
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|