|
KUANTAN 27 Nov. - Tiga maut termasuk seorang anggota Tentera Udata Diraja Malaysia (TUDM) selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 9, Jalan Kuantan-Kemaman berhampiran sebuah stesen minyak di Cherating dekat sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 6.45 pagi itu, mangsa yang terkorban ialah Laskar Udara Mohd. Nasir Abdul Hager, 28, dan dua pelajar sebuah kolej kejururawatan, Kolej Masterskill, Marlizatul Akmar Mohamad, 23, dan Nursurwani Jamil, 21.
Kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Bagaimanapun, seorang lagi mangsa yang juga pemandu kereta Proton Wira itu, Saiful Zazeeleen Che Yusof dikejarkan ke Hospital Kemaman, Terengganu kerana kecederaan parah di kepala. - Utusan
IKLAN@UTUSAN
|