|
KUDAT 27 Nov. – Seorang maut, 13 terselamat dan 11 lagi masih hilang setelah bot nelayan yang dalam perjalanan dari Kudat ke Karakit, Pulau Banggi dekat sini, karam petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pada pukul 5.30 petang itu, mangsa yang meninggal disahkan wanita berumur 72 tahun sementara mereka yang terselamat ialah sembilan perempuan dan tiga lelaki.
Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Mohd. Taha Ibrahim berkata, gerakan mencari masih diteruskan di kawasan perairan Kudat-Pitas. - Utusan
IKLAN@UTUSAN
|