Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 27/11/2009
Perkhidmatan KTMB Wilayah Timur disambung semula

Perkhidmatan KTMB Wilayah Timur disambung semula

27/11/2009 11:43am

KUALA KRAI 27 Nov. — Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang terjejas teruk akibat banjir di Kelantan yang menyebabkan tanah runtuh di Bukit Abu di sini sejak Ahad lepas, kini beroperasi semula seperti biasa.

Pengurus Besar Wilayah Timur KTMB, Ibrahim Sulaiman berkata, perkhidmatan kereta api Antarabandar di wilayah Pantai Timur yang sebelum ini terjejas akibat bencana banjir sejak 22 November kembali pulih sepenuhnya untuk beroperasi seperti dijadualkan.

"Dengan penurunan paras air dan kerja-kerja membaik pulih landasan yang hampir siap, perkhidmatan tren tempatan serta perkhidmatan tren ekspres (Timuran dan Wau) akan kembali beroperasi seperti biasa mengikut jadual,” katanya.

Kejadian tanah runtuh di Bukit Abu menyebabkan laluan kereta api tersekat dan kerja-kerja pembersihan terpaksa dilakukan KTMB.

Akibatnya, perjalanan kereta api dari Singapura ke Tumpat dan Kuala Lumpur ke Tumpat terpaksa ditamatkan sehingga ke Stesen Kereta Api Gua Musang dan penumpang kemudiannya dibawa ke Stesen Kereta Api Kuala Krai dengan menaiki bas. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN