|
BANGKOK 27 Nov. - Perdana Menteri Thailand semalam membatalkan rancangannya untuk melawat bandar utara Chiang Mai selepas menerima amaran kemungkinan parti pembangkang akan mengadakan bantahan dan keganasan.
Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva berkata, beliau akan menerima nasihat oleh tuan rumah tersebut iaitu Majlis Perdagangan Thailand, supaya membatalkan lawatan hari ini kerana mereka khuatir mengenai keselamatannya berikutan rancangan bantahan oleh pengikut bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra.
Para penyokong Thaksin dan pembangkang telah mencetuskan beberapa `perang’ politik yang menjejaskan kestabilan negara tersebut sejak Thaksin disingkir daripada jawatan perdana menteri tiga tahun lalu oleh rampasan kuasa tentera selepas dituduh terlibat dalam kegiatan rasuah dan menghina raja.
Chiang Mai merupakan tempat kelahiran Thaksin dan salah sebuah kubu politik terkuatnya. - AP
IKLAN@UTUSAN
|