Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 27/11/2009
Dua pemain ditahan terlibat atur perlawanan

Dua pemain ditahan terlibat atur perlawanan

27/11/2009 2:52am

FRANKFURT 27 Nov. - Polis Jerman menyoal siasat dua pemain dari kelab Fortuna Duesseldorf semalam kerana dikaitkan dengan skandal mengatur perlawanan secara terbesar di Eropah.

Kedua-dua pemain itu dari kelab simpanan yang bermain di divisyen empat. Pasukan utama Fortuna berada di divisyen dua.

Kelab tersebut tidak memberikan kenyataan lengkap berhubung penahanan itu, melainkan menyebut ia dikaitkan dengan skandal mengatur perlawanan.

Patrick Neumann, ketua pasukan bagi SC Verl, satu lagi kelab dari divisyen empat turut disiasat kerana terlibat dalam skandal tersebut, telah memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dan “mendedahkan semua mereka yang terlibat”, kata peguam pemain tersebut Luts Klose.

Neumann dan rakan sepasukannya Tim Hagedorn telah digantun oleh kelab mereka. - AP

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN