Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 27/11/2009
Kes selesema babi berkurangan di Britain

Kes selesema babi berkurangan di Britain

27/11/2009 2:52am

LONDON 27 Nov. - Pegawai Britain berkata, kes selesema babi di England telah berkurangan sejak minggu lepas dengan hanya kira-kira 46,000 jangkitan baru dilaporkan.

Minggu sebelumnya, terdapat kira-kira 53,000 kes baru, walaupun jumlah itu hanyalah anggaran kasar dan besar kemungkinan mempunyai kesilapan statistik.

Statistik kesihatan menunjukkan lebih banyak dos vaksin Tamiflu telah diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 14 tahun yang mungkin mudah terdedah kepada jangkitan selesema babi.

Minggu lepas, pegawai kesihatan di Wales mengumumkan mereka telah mengesan lima pesakit yang dijangkiti virus yang kebal dengan Tamiflu.

Berlainan dengan apa yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Britain memberikan vaksin Tamiflu tanpa merujuk kepada preskripsi doktor. - AP

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN