Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 27/11/2009
Dua wartawan asing yang dibebaskan tiba di Kenya

Dua wartawan asing yang dibebaskan tiba di Kenya

27/11/2009 2:52am

MOGADISHU, Somalia 27 Nov. - Dua wartawan asing yang dibebaskan selepas 15 bulan ditawan di Somalia tiba di negara jiran, Kenya semalam.

Amanda Lindhout, seorang rakyat Kanada dan Nigel Brennan, warganegara Australia terbang ke ibu negara Somalia, Mogadishu dengan menaiki sebuah pesawat awal semalam, menurut Menteri Keselamatan Negara Somalia, Mohamed Abdullahi.

Di ibu negeri Kenya, Nairobi, para wartawan melihat sekumpulan kenderaan berkonvoi, dipercayai membawa Lindhout dan Brennan segera meninggalkan Lapangan Terbang Wilson dengan beberapa kenderaan itu menggunakan nombor pendaftaran diplomatik.

Para wartawan tidak dibenarkan bercakap dengan kedua-dua mereka tetapi seorang pegawai polis mengesahkan bahawa Lindhout dan Brennan telah tiba di Nairobi.

Sebelum meninggalkan Mogadishu, Lindhout dan Brennan bertemu dengan Perdana Menteri Somalia, Omar Abdirashid Ali Sharmarke, yang menyatakan bahawa kedua-dua wartawan itu telah ditawan di sebahagian kawasan Mogadishu yang dikawal oleh puak pemberontak. - AP

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN