Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 27/11/2009
Dua rentung kereta terbabas

Dua rentung kereta terbabas

27/11/2009 2:52am

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Dua wanita rentung dan sepasang suami isteri terselamat apabila kereta yang mereka naiki terbabas ke dalam longkang sebelum terbakar di kilometer 11, Jalan Batang Kali-Genting malam tadi.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 8.55 malam apabila tayar belakang kereta jenis Kia Spectra yang dinaiki keempat-empat mangsa berusia 50-an itu dikatakan meletup secara tiba-tiba, menyebabkan kenderaan tersebut terbabas ke dalam longkang.

Mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands.

Pasangan suami isteri yang terselamat itu bagaimanapun melecur dan dikejarkan ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk menerima rawatan.

Mayat dua mangsa terbabit dihantar ke hospital yang sama untuk bedah siasat.

Sehingga pukul 12 tengah malam tadi, identiti kesemua mangsa belum dapat dikenalpasti dan polis sedang menjalankan siasatan berhubung kemalangan itu.

Sepasukan polis daripada Unit Forensik turut dihantar ke tempat kejadian untuk menyiasat kemungkinan wujud unsur jenayah dalam kemalangan terbabit.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Norel Azmi Affandi Yahya ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan akan memberi butiran lanjut mengenainya esok.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN