Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
POLITIK

ARKIB : 27/11/2009
Ahmad Yakob layak jadi MB

Ahmad Yakob layak jadi MB

KOTA BHARU 26 Nov. - Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob adalah calon paling sesuai untuk dinamakan sebagai pengganti Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, cadangannya baru-baru ini supaya Nik Abdul Aziz menetapkan pengganti bukan bermaksud mahu mendesak Menteri Besar meletakkan jawatan.

Sebaliknya kata beliau, cadangan tersebut bertujuan untuk memastikan tiada masalah timbul semasa peralihan kuasa kelak.

Katanya, ia juga tiada kaitan dengan pujian Nik Abdul Aziz sebelum ini terhadap Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri, Datuk Husam Musa tetapi ia adalah respons kepada soalan yang dikemukakan wartawan kepadanya.

"Timbalan Menteri Besar adalah yang paling layak ganti Tok Guru. Ini berdasarkan pengalaman beliau, senioriti, latar belakang pendidikan, keluarga dan hubungan yang baik dengan istana, maka beliau sesuailah.

"Tetapi ia terserah kepada Tok Guru bila masanya untuk menetapkan calon namun yang pasti kita tak mahu bila beliau berhenti, akan timbul keadaan yang mengejutkan dalam parti dan kerajaan.

"Kalau Tok Guru boleh namakan awal, beliau boleh bimbing orang bagaimana hendak mengambil alih dan kalau ada silap beliau boleh tegur," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin Mohd. Amar menyarankan Nik Abdul Aziz menamakan penggantinya lebih awal supaya tidak timbul kekalutan apabila tiba masanya beliau melepaskan jawatan.

Beliau berkata, proses peralihan yang lebih panjang secara terancang dapat memastikan kestabilan dalam parti.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN