Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
DALAM NEGERI

ARKIB : 27/11/2009
Musa: Moral polis tetap utuh

Musa: Moral polis tetap utuh

KOTA BHARU 26 Nov. - "Rakyat diutamakan dan bukannya penjenayah diutamakan... Kami mengutamakan rakyat yang patuh pada undang- undang dan mangsa-mangsa jenayah,".

Demikian reaksi tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika ditanya mengenai pelbagai kecaman dan kritikan yang dilemparkan oleh pelbagai pihak termasuk ahli politik dari parti pembangkang.

Biarpun dikecam, Musa menegaskan moral anggota pasukan keselamatan tersebut masih di peringkat tertinggi untuk melindungi dan menjaga keharmonian rakyat.

Beliau menganggap kritikan oleh pihak-pihak terbabit termasuk ahli politik itu hanya mengelirukan orang ramai dan mempermainkan undang-undang.

"Saya rasa moral anggota dan pegawai polis tidak jatuh. Orang politik suka bercakap, kadang-kadang ia mengelirukan masyarakat.

"Saya tak kisah (kecaman). Kita sentiasa bersemangat menjalankan tugas dan menjaga keamanan serta keselamatan masyarakat," katanya mengulas moral anggota dan pegawai polis selepas dikecam hebat termasuk ahli politik dan penulis blog.

Kecaman itu dikaitkan dengan tindakan polis menembak mati lima penjenayah kumpulan PCO Boy di Klang, 8 November lalu.

Mereka yang berusia 20 hingga 30 tahun termasuk ketua kumpulannya dipercayai memiliki 13 rekod lampau dan dipercayai merancang melakukan jenayah ditempat berkenaan ketika kejadian.

Musa menegaskan, polis menjalankan tugas mengikut prosedur dan undang-undang negara ini.

"Kita tidak pernah meminta anggota atau pegawai menjalankan tugas menjangkaui undang-undang tetapi dalam keadaan tertentu ia (undang-undang) juga membenarkan kita mempertahankan diri ketika nyawa polis atau orang lain terancam oleh kerana penjenayah bersenjata.

"Tindakan itu adalah mengikut undang-undang. Kalau penjenayah nak hidup, serah diri dan jangan serang pegawai polis kerana ia membawa maksud dia mahu mencabar serta mengancam nyawa anggota terbabit serta orang ramai," katanya.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN