Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
DALAM NEGERI

ARKIB : 27/11/2009
Waktu siasatan terhad batasi fungsi SPRM

Waktu siasatan terhad batasi fungsi SPRM

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Mengehadkan waktu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada lapan jam akan menjejaskan prestasi serta motivasi penyiasat-penyiasat suruhanjaya tersebut.

Presiden Peguam Muslim Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, siasatan SPRM yang perlu dilakukan secara terperinci bagi pengumpulan bahan bukti tidak seharusnya mengikut waktu yang terhad.

''Tujuan kerajaan menubuhkan suruhanjaya ini untuk menghapuskan rasuah serta mereka yang mewakili SPRM adalah kalangan yang profesional menjalankan tugas.

''Penyiasat-penyiasat ini tahu tanggungjawab mereka, tidak harus dihalang melaksanakan tugasan dengan cara yang kita persetujui sebelum ini,'' katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau diminta mengulas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Mohamad Ariff Md. Yusof menetapkan SPRM tidak boleh menyiasat saksi di luar waktu pejabat seperti diamalkan sebelum ini.

Menurut hakim, peruntukan menyoal siasat saksi 'sehari-ke-sehari' seperti tertera dalam Seksyen 30(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 tidak bermakna SPRM boleh melakukannya secara berterusan selama 24 jam.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN