Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
DALAM NEGERI

ARKIB : 27/11/2009
Pgsm bantah perceraian di mahkamah sivil

Pgsm bantah perceraian di mahkamah sivil

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Pasangan Islam yang hendak membubarkan perkahwinan mereka perlu melakukannya di mahkamah syariah, kata Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (Pgsm) Mohamad Isa Abd. Ralip.

Menurutnya, mengikut undang-undang syariah, apabila seseorang itu menjadi seorang Muslim maka semua urusan termasuk perceraian hendaklah dilakukan di mahkamah tersebut.

Katanya, setelah mendapatkan perintah daripada mahkamah syariah barulah ia boleh dibawa kepada mahkamah sivil untuk pengesahan.

''Sekiranya cadangan memberi hak kepada pasangan memeluk Islam untuk membubarkan perkahwinannya di mahkamah sivil diluluskan, maka pembahagian harta juga dilakukan di mahkamah yang sama,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Mohamad. Isa mengulas mengenai Pindaan Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 yang menyaksikan dua perkara yang pernah menimbulkan kontroversi dimasukkan sebagai peruntukan baru dalam akta tersebut.

Salah satu cadangan pindaan itu adalah memberikan hak kepada isteri atau suami yang memeluk Islam membubarkan perkahwinan mereka di mahkamah sivil.

Mengulas lanjut Mohamad Isa berkata, Pgsm tetap berpendirian soal pembubaran perkahwinan dan pengagihan harta perlu dilakukan di mahkamah syariah.

Berhubung cadangan melarang ibu bapa atau penjaga daripada mendaftarkan penukaran agama anak di bawah 18 tahun tanpa mendapat izin pasangan mereka sama ada ibu atau bapa atau penjaga satu lagi, Mohamad Isa berpendapat: ''Apabila seseorang Islam itu mendapat perintah mahkamah untuk mendapat hak penjagaan anak-anak maka ia boleh mendaftarkan anak-anaknya untuk memeluk Islam.

''Mahkamah syariah mempunyai kuasa untuk mendaftarkan anak-anak pemohon untuk memeluk Islam.''

Katanya, Pgsm tidak setuju dengan cadangan tersebut kerana jika ia diluluskan kelak, proses menukar agama anak-anak akan menjadi sukar dan mungkin mustahil dilakukan.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN