|
KUALA LUMPUR 26 Nov. – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini menerima watikah pelantikan daripada empat Duta Besar serta seorang Pesuruhjaya Tinggi asing ke Malaysia di Istana Negara.
Empat Duta Besar itu ialah Duta Ukraine Igor Lossovskiy, 52, Duta Austria Andrea Wicke, 53, Duta Republik Kyrgyz Tursunbay Bakir Uulu,51 dan Duta Afghanistan Abdul Samad Samad, 61 serta Pesuruhjaya Tinggi Ghana iaitu Daniel Kwasi Abodakpi, 59.
Turut hadir menyaksikan istiadat itu ialah Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay.
IKLAN@UTUSAN
|