Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
DALAM NEGERI

ARKIB : 27/11/2009
Selproa perlu profesional – NUJ

Selproa perlu profesional – NUJ

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) kesal dengan tindakan Setiausaha Persatuan Pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Selangor (Selproa), Ng Yap Hwa menghalang wartawan Utusan Malaysia, Abdul Yazid Alias daripada menghadiri sidang akhbar persatuan itu semalam.

Presidennya, Norila Daud menyifatkan tindakan itu sebagai tidak waras dan hanya memperlihatkan pandangan sempit mereka terhadap sistem demokrasi yang turut dilaungkan oleh pakatan pembangkang selama ini.

‘‘Sebagai wartawan, Abdul Yazid perlu diberi tempat untuk mengikuti sidang akhbar itu memandangkan ia berkaitan urusan kerajaan dan bukan satu rahsia yang perlu disorokkan.

‘‘NUJ berharap semua pihak di bawah pemerintahan pakatan pembangkang lebih prihatin dan bersikap profesional serta memahami tugas wartawan bagi melaporkan maklumat kepada rakyat,’’ katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Semalam, Abdul Yazid yang bertugas di biro Shah Alam tidak dibenarkan masuk ke sidang akhbar Selproa di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri kerana dituduh menjadi ejen Kerajaan Persekutuan.

Menurut Norila, Malaysia merupakan negara demokrasi dan media berperanan untuk melaporkan apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk rakyat.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Mohamad Md. Yusoff berkata, tindakan Yap Hwa adalah tidak berasas dan menafikan hak wartawan dalam menjalankan tugasnya.

Menurutnya, jika Yap Hwa mendakwa Yazid sebagai ‘ejen kerajaan’ kenapa dia tidak melarang wartawan lain yang turut hadir pada sidang akhbar itu.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN