Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 26/11/2009
1,026 mangsa banjir masih di pusat pemindahan

1,026 mangsa banjir masih di pusat pemindahan

26/11/2009 9:25pm

KUALA TERENGGANU 26 Nov. — Jumlah mangsa banjir di seluruh negeri Terengganu berkurangan kepada 1,026 malam ini, dengan jumlah 27 mangsa masih berada di pusat pemindahan di Hulu Terengganu, manakala 35 mangsa di daerah Marang.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Terengganu berkata, keadaan di Kuala Terengganu juga bertambah baik dengan jumlah mangsa banjir 618 orang berbanding 1,171 sebelum ini dan Dungun kini seramai 346 orang.

Beliau berkata, paras air di semua sungai utama di Terengganu kini berada di paras biasa.

Cuaca di Terengganu cerah sepanjang hari dan keadaan ini dijangka berlarutan sehingga esok, katanya.

- BERNAMA

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN