Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 26/11/2009
Dua warga Nepal dihukum mati kerana edar dadah

Dua warga Nepal dihukum mati kerana edar dadah

26/11/2009 7:51pm

KUALA LUMPUR 26 Nov. — Dua warga Nepal yang didapati bersalah kerana mengedar dadah, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, selepas mereka ditahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan oleh Agensi Penguatkuasa Dadah (DEA) Amerika Syarikat dan polis Bukit Aman, enam tahun lepas.

Dalam operasi yang dijalankan pada 2003, Hari Bahadur Ghale, 29, dan Sajan Gurung, 30, ditahan oleh sepasukan pegawai jabatan narkotik DEA dan Bukit Aman kerana mengedar 875.2 gram heroin gred tinggi.

Kedua-dua mereka didakwa mengedar dadah itu di bilik 1109, Hotel Federal di Jalan Bukit Bintang kira-kira 2 petang pada 30 Mei.

Mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Hari dan Sajan berdepan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pesuruhjaya Kehakiman Azman Abdullah berkata Hari dan Sajan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.

- BERNAMA

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN