|
KUALA LUMPUR 26 Nov. — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru umat Islam yang akan menyambut Hari Raya Aidiladha esok supaya menghulurkan bantuan dengan seadanya kepada mangsa banjir di beberapa negeri di negara ini.
Perdana Menteri berkata, bantuan itu bagi menzahirkan tanda pengorbanan umat Islam bagi meringankan beban mereka yang menjadi mangsa banjir dan terpaksa berhari raya dalam serba kekurangan termasuk berada di pusat-pusat pemindahan banjir.
"Bantuan berupa barangan ataupun wang ringgit amat mereka perlukan apatah lagi setelah menyaksikan kemusnahan dan kerosakan harta benda mereka yang cukup menyayat hati.
"Oleh itu, di hari yang mulia ini, janganlah dibiarkan mereka bersendirian tanpa dibantu oleh sesiapa. Begitu juga dengan umat Islam yang lain yang turut berada dalam kesusahan. Perlu dibantu seadanya,” kata Perdana Menteri dalam perutusannya sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.
- BERNAMA
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|