Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 26/11/2009
Arafah kini dibanjiri 2.5 juta jemaah haji

Arafah kini dibanjiri 2.5 juta jemaah haji

26/11/2009 7:37pm

MEKAH 26 Nov. - Arafah mula dibanjiri 2.5 juta umat Islam dari seluruh dunia termasuk 29,000 dari Malaysia untuk ibadah wukuf.

Hujan lebat yang turun petang semalam di Mekah termasuk di Arafah menyebabkan khemah penginapan jemaah basah teruk dan ada yang diterbangkan angin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata, keadaan itu memaksa Tabung Haji menangguhkan seketika usaha menghantar sebahagian jemaah haji ke Arafah kerana khemah yang disediakan bagi mereka tidak boleh diduduki.

“Bagaimanapun pihak muasasah telah mengambil langkah perlu dan semua jemaah haji Malaysia telahpun selamat tiba di Arafah pagi ini apabila cuaca kembali panas,” katanya kepada petugas media Tabung Haji selepas melawat khemah jemaah haji Malaysia di Arafah.

Jamil Khir berkata, sungguhpun keadaan dalam khemah tidak begitu selesa, namun kebanyakan jemaah haji menerima keadaan itu sebagai satu rahmat memandangkan jarang sekali hujan turun di Arab Saudi terutamanya di Arafah.

- BERNAMA

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN