|
KOTA BAHARU 26 Nov. — Polis Diraja Malaysia tidak terpengaruh dengan kerenah parti politik yang membesarkan isu secara keterlaluan terhadap tindakan polis menembak penjenayah kerana pihaknya hanya menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan sebagaimana diperuntukkan oleh undang-undang.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis tidak akan mudah mengalah dalam menjalankan tugas dan akan bertindak berdasarkan kepada peruntukan sedia ada bagi memastikan orang awam dan polis itu selamat.
"Kalau hendak kata polis bertindak sesuka hati adalah tidak benar. Polis menjalankan tugas mengikut undang-undang yang ada,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
- BERNAMA
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|