|
MARAN 26 Nov. - Seramai 40 pemimpin peneroka Felda Jengka di sini lega dan bersyukur apabila selamat pulang ke tanah air semalam selepas terkandas selama dua hari di Tanjung Balai, Pulau Karimun, Indonesia berikutan cuaca buruk.
Kesemua pemimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Wilayah Felda Jengka itu sepatutnya pulang ke tanah air dengan menaiki feri pada Isnin lalu tetapi ditunda kepada semalam akibat laut bergelora.
Mereka yang mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Karimun bermula 21 hingga 23 November lalu, selamat sampai di tanah air dengan menaiki feri dari jeti Tanjung Balai ke jeti Kukup, Pontian, Johor kira-kira pukul 2 petang semalam. - Utusan
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|