Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 26/11/2009
EGM MCA batal digantikan sesi taklimat khas

EGM MCA batal digantikan sesi taklimat khas

26/11/2009 7:25pm

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA yang dicadangkan oleh sekumpulan pemimpin parti itu untuk diadakan Sabtu ini telah dibatalkan dan akan digantikan dengan sesi taklimat khas bersama perwakilan.

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan dan nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Liow memberitahu sidang akhbar di ibu pejabat MCA di sini bahawa pembatalan EGM itu juga dibuat selepas beliau mencapai persetujuan dengan Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek untuk mengadakan pemilihan baru parti.

"Hasil usaha gigih Pengerusi BN (Najib) dan Timbalan Pengerusi BN (Muhyiddin), kumpulan yang mahu EGM ini diadakan telah mencapai kata sepakat melibatkan tiga pihak, supaya satu pemilihan baru bagi Jawatankuasa Pusat MCA diadakan.

"Kami juga yakin Mesyuarat Agung Tahunan pada 5 Dis ini akan ditangguhkan ke satu tarikh sempena pemilihan parti yang dicadangkan itu,” katanya pada sidang akhbar itu yang turut dihadiri Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong, Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun dan anggota-anggota Jawatankuasa Pusat, Wong Nai Chee, Datuk Wee Jeck Seng dan Datuk Liew Yuen Keong.

Liow berkata, sesi taklimat khas itu akan digunakan untuk menerangkan kepada perwakilan berkenaan situasi semasa, masalah yang dihadapi oleh parti serta pentingnya pemilihan baru parti diadakan dan bagaimana ia boleh dilaksanakan.

- BERNAMA

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN