|
KOTA BAHARU 26 Nov. — Banjir di Kelantan hampir pulih sepenuhnya apabila sehingga petang ini hanya dua pusat pemindahan di jajahan Tumpat masih dibuka.
Pusat pemindahan di jajahan lain telah ditutup sepenuhnya.
Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) Negeri berkata, jumlah mangsa pemindahan yang ditempatkan di jajahan terbabit kini seramai 561 orang membabitkan 154 keluarga.
"Banjir yang semakin kering dan surut sepenuhnya ekoran cuaca panas di Kelantan sejak semalam menyebabkan kesemua mangsa pemindahan di semua jajahan selain Tumpat telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing secara beransur-ansur sejak pagi tadi.
"Keadaan lalu lintas juga semakin pulih apabila hanya satu jalan di jajahan Tumpat yang masih ditutup kepada kenderaan ringan iaitu Jalan Cabang 4/Kampung Jambu/Meranti di Kilometer 6-7,” katanya.
Sungai yang berada di atas paras bahaya ialah Sungai Golok di Rantau Panjang manakala Sungai Kelantan di jambatan Guillemard pula berada atas paras berjaga-jaga. - Bernama
IKLAN@UTUSAN
|