Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 26/11/2009
Kemelut Pas Kelantan jejas kepentingan rakyat

Kemelut Pas Kelantan jejas kepentingan rakyat

26/11/2009 4:42pm

RANTAU PANJANG 26 Nov. — Kemelut dalam Pas mengenai siapa pengganti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan boleh menjejaskan kepentingan rakyat kerana parti itu lebih memberi tumpuan kepada soal politik daripada menyelesaikan masalah rakyat, kata Ketua Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, penduduk Kelantan sudah jemu dengan keadaan demikian kerana Pas tidak memberikan banyak masa untuk rakyat.

"Sehingga kini kita tidak nampak kemelut ini dapat selesai,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di stesen kereta api di sini hari ini.

Isu mengenai pengganti Nik Aziz timbul apabila Datuk Husam Musa, anggota exco kerajaan Kelantan yang disebut-sebut antara tokoh yang bakal mengisi jawatan itu, telah secara terbuka berkata beliau tidak mahu dipertimbangkan. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN