Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 26/11/2009
Indeks jenayah menurun di lokasi panas

Indeks jenayah menurun di lokasi panas

26/11/2009 4:00pm

KUALA LUMPUR 26 Nov. — Indeks kadar jenayah di kawasan kerap berlaku jenayah sekitar bandar raya ini menurun 13 peratus dalam tempoh 103 hari operasi cegah jenayah dijalankan dari 5 Ogos hingga 15 Nov lepas, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman.

Beliau berkata, penurunan 153 kes itu dihasilkan selepas operasi cegah jenayah di 13 lokasi panas jenayah dijalankan berbanding bilangan jenayah yang dilaporkan di kawasan berkenaan 103 hari sebelum itu - dari 24 April hingga 4 Ogos tahun ini.

"Walaupun ada penurunan namun kita tetap melihat angka ini masih tinggi dan kita berusaha mengurangkannya lagi terutama bagi jenayah jalanan seperti ragut dan samun berkumpulan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Lokasi panas yang dikenal pasti ialah kawasan Bukit Bintang, Jalan Pudu, Brickfields, Kuchai Park, Happy Garden, Taman Midah, Taman Connaught, Taman Alam Damai, Bukit Anggerik, Bandar Sri Permaisuri, Jinjang Utara dan Danau Kota. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN