Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 26/11/2009
Penyamun kurung engawal keselamatan lima jam

Penyamun kurung engawal keselamatan lima jam

26/11/2009 3:39pm

KUANTAN 26 Nov. — Seorang pengawal keselamatan yang bertugas di pejabat Felda Kampung Sertik dekat Karak dikurung lima jam di dalam bilik air oleh lima lelaki yang cuba menyamun pejabat berkenaan, semalam.

Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pahang, ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, lelaki berusia 17 tahun itu diikat kedua-dua tangan dan mulutnya.

"Lima lelaki tersebut kemudian cuba mengumpil peti besi di pejabat itu dengan menggunakan cangkul, tukul dan parang namun tidak berhasil lalu melarikan diri,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang berjaya membuka ikatan telah menghubungi majikannya sebelum melaporkan kejadian tersebut di Ibu pejabat Polis Daerah Bentong.

Katanya, polis kini giat memburu kesemua suspek dalam lingkungan 20-an itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN