Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 26/11/2009
Bekalan elektrik Pantai Barat Sabah selesai tahun 2014

Bekalan elektrik Pantai Barat Sabah selesai tahun 2014

26/11/2009 3:17pm

KIMANIS 26 Nov. — Projek Stesen Janakuasa Kimanis, yang akan menghasilkan 300mw kuasa mulai pertengahan 2014, dijangka membantu menyelesaikan masalah bekalan elektrik di Pantai Barat Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman hari ini.

Katanya, projek stesen janakuasa itu yang diusahakan melalui kerjasama Petronas Gas Berhad dan Kumpulan Yayasan Sabah melalui anak syarikatnya NRG Consortium Sdn Bhd akan digerakkan oleh gas asli yang dihasilkan dari Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) Petronas yang diusahakan berdekatan dengan tapak janakuasa itu.

"Stesen janakuasa ini diyakini berupaya memantapkan lagi kapasiti penjanaan kuasa seluruh negeri, selain daripada kapasiti sedia ada yang dikendalikan oleh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan syarikat penjana bebas yang lain,” katanya pada majlis pecah tanah stesen itu di Kampung Kuala Benoni di sini.

Musa berkata, Janakuasa Kimanis juga akan disambungkan terus ke grid utama negeri yang kemudiannya akan disalurkan bagi merancakkan aktiviti ekonomi Sabah.

Beliau berkata, projek itu merupakan satu agenda pembangunan utama kerajaan yang akan memanfaatkan rakyat selaras dengan keperluan pesat industri dan pertumbuhan ekonomi Sabah. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN