|
JELI 26 Nov — Penduduk Kampung Kubur Datu, dekat sini diselubungi kebimbangan kerana jambatan sempit di situ diperbuat daripada kepingan besi jambatan lama yang telah runtuh tidak selamat digunakan.
Zahari Nik Deris, 50, berkata penduduk di situ bimbang mereka berdepan risiko terjatuh ke dalam sungai setiap kali berulang alik melalui jambatan sempit itu yang sepanjang 200 meter menghubungkan kampung itu dengan kawasan kebun mereka.
"Jambatan asal di situ roboh akibat banjir beberapa tahun lalu sudah dibaiki semula, namun keadaannya yang sempit menyusahkan penduduk yang berulang-alik ke kebun setiap hari kerana ia tidak dilengkapi dengan pagar pada kiri dan kanannya,” katanya.
“Dalam kejadian sebelum ini, ada di antara pengguna motosikal yang melalui jambatan itu terjatuh ke dalam sungai,” katanya.
Nik Imran Dollah, 37, berkata akibat besi jambatan itu dicuri, penduduk di situ terpaksa bergotong-royong membina jambatan sekarang. Namun keselamatan jambatan itu tidak terjamin.
Beliau merayu kepada kerajaan negeri untuk membina jambatan yang lebih selamat. — Bernama
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|