Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 26/11/2009
Kes kolera di Pantai Timur merebak dari negara jiran

Kes kolera di Pantai Timur merebak dari negara jiran

26/11/2009 3:08pm

KIMANIS 26 Nov. — Selepas Terengganu, Kelantan menjadi negeri pantai timur kedua yang dilaporkan mempunyai kes kolera yang dipercayai merebak dari Thailand, manakala kes kolera di Sabah dilaporkan sebagai jangkitan kolera biasa, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

"Kita hanya menyedari kes kolera dalam bentuk yang berbeza itu semalam dan merebak dari Thailand yang dilaporkan mempunyai persamaan kes.

"Pesakit di Terengganu dan Kelantan tidak memberikan tindak balas apabila diberikan ubat antibiotik biasa untuk kolera seperti mana yang kita berikan kepada pesakit di Sabah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis pecah tanah projek Stesen Janakuasa Kimanis di sini hari ini. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN