|
KUALA LUMPUR 26 Nov — Sejumlah 819 kes demam denggi dengan tiga kematian iaitu dua di Melaka dan seorang di Pulau Pinang dilaporkan dalam tempoh seminggu dari 15 Nov hingga 21 Nov lepas.
Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 99 kes atau 17 peratus berbanding minggu sebelumnya iaitu 720 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam kenyataan hari ini. - Bernama
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|