|
PUTRAJAYA 26 Nov — Keputusan pemilihan dan penempatan pelajar Tingkatan Satu di sekolah berasrama penuh (SBP) tahun depan akan diumumkan selewat-lewatnya 25 Disember ini.
Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata semakan mengenai keputusan itu boleh dibuat melalui laman web kementerian iaitu www.moe.gov.my.
"Murid Tingkatan Satu SBP dijangka akan mendaftarkan diri di kesemua 53 buah SBP yang ditawarkan pada 11 Jan depan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. — Bernama
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|