Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 26/11/2009
5 terbunuh dalam pertempuran di Yaman

5 terbunuh dalam pertempuran di Yaman

26/11/2009 2:34am

SANAA, 25 Nov. - Lima orang termasuk dua anggota tentera terbunuh dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Yaman dengan puak pendesak pemisahan selatan yang mengadakan demonstrasi menuntut pengunduran Britain daripada negara itu sejak 42 tahun yang lalu.

“Lima orang, dua daripadanya anggota tentera terbunuh manakala 10 lagi cedera dalam pertempuran yang berlaku di pintu masuk bandar Ataq, ibu kota wilayah Shabwa, kira-kira 500 kilometer ke selatan Sanaa,” kata pegawai tempatan.

Pertempuran berlaku semasa anggota pasukan keselamatan berusaha menghalang ribuan penunjuk perasaan memasuki Ataq, kata para pegawai. - AFP

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN