|
KUALA LUMPUR 25 Nov. – Kumpulan 16 anggota Jawatankuasa Pusat (CC) MCA berkeras mahu mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) kedua parti itu pada Sabtu ini sekiranya tarikh pemilihan semula parti tidak ditetapkan dalam tempoh dua hari ini.
Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun yang merupakan salah seorang dari kumpulan itu berkata, EGM tersebut hanya akan dibatalkan sekiranya semua pihak yang bertelagah mencapai persetujuan mengenai tarikh itu.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua perwakilan pusat parti menghadiri mesyuarat berkenaan yang dijadual Sabtu ini.
“Kalau kami tidak dapat memastikan tarikh pemilihan semula sebelum EGM kedua ini, maka adalah sangat berisiko untuk membatalkan mesyuarat ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan risalah bertajuk Perangkap di Antara Jantina: Perempuan, Keganasan dan Kemiskinan di sini hari ini.
Ia diterbitkan oleh Amnesty Antarabangsa Malaysia sempena Hari Menentang Keganasan Terhadap Wanita Sedunia yang disambut hari ini.
IKLAN@UTUSAN
|