Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
POLITIK

ARKIB : 26/11/2009
Tiong Lai pula mahukan pemilihan Disember atau Januari

Tiong Lai pula mahukan pemilihan Disember atau Januari

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mahukan pemilihan semula pucuk pimpinan parti itu diadakan secepat mungkin iaitu pada Disember ini.

Ketua Pemudanya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong yang bertindak sebagai jurucakap kepada Tiong Lai dan Ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, mereka bertiga sepakat mengenai tarikh itu.

Katanya, mereka mahu ia disegerakan atau selewat-lewatnya Januari ini agar krisis dalaman parti berkenaan dapat diselesaikan secepat mungkin.

"Ini kerana pemilihan baru tersebut boleh dijalankan bersama Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) parti sekali gus memudahkan para perwakilan yang tinggal di luar ibu kota," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek menyatakan persetujuan agar diadakan pemilihan semula parti itu dicapai olehnya dan Tiong Lai ketika mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Isnin lalu.

Soi Lek berkata, kedua-dua pihak perlu berbincang lebih lanjut bagi menentukan tarikh yang sesuai dan yang dipersetujui oleh semua pihak.

Bagaimanapun, Soi Lek tidak bersetuju jika pemilihan semula itu diadakan Disember ini, sebaiknya, beliau mahu ia diadakan pada Mac tahun depan.

Menurut Ka Siong, pemilihan semula parti itu tidak boleh ditangguhkan lagi kerana masalah dalaman parti itu perlu cepat diselesaikan.

"Kita harus mendapat semula kepercayaan masyarakat Cina dan menyuburkan semula amalan demokrasi dalam parti.

"Lantaran itu, jika ia diadakan pada Disember ini atau Januari tahun depan, saya yakin para perwakilan akan turut hadir demi kepentingan MCA," katanya.

Dalam pada itu, mengulas perkembangan berkaitan, Setiausaha Agung MCA, Datuk Wong Foon Meng berkata, tarikh untuk diadakan pemilihan semula itu masih menjadi pertikaian.

"Buat masa ini, mereka masih dalam perbincangan dan tarikh pemilihan semula itu masih belum mendapat kata sepakat," katanya.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN