Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
BERITA UTAMA

ARKIB : 26/11/2009
Tuanku Mizan serah watikah kepada duta, Pesuruhjaya Tinggi

Tuanku Mizan serah watikah kepada duta, Pesuruhjaya Tinggi


Tuanku Mizan Zainal Abidin menyerahkan watikah pelantikan kepada Mohamad Sadik Kethergany pada istiadat pengurniaan watikah di Istana Negara di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 25 Nov. - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini menyerahkan watikah pelantikan kepada tiga orang Duta Besar dan seorang Pesuruhjaya Tinggi Malaysia yang baru. Mereka ialah Datuk Syed Munshe Afdzarudin Syed Hassan, K.Ilango, Zainol Rahim Zainuddin dan Mohamad Sadik Kethergany.

Upacara berlangsung di Istana Negara di sini.

Syed Munshe Afdzarudin, 45, yang sebelum ini berkhidmat sebagai duta ke Iran akan berkhidmat sebagai Duta Besar ke Indonesia manakala Ilango, 49, yang sebelum ini Penasihat di Kedutaan Besar Malaysia di Washington, akan menjadi Duta Besar ke Lebanon.

Zainol Rahim, 49, yang sebelum ini Timbalan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu di New York dilantik Pesuruhjaya Tinggi ke Kenya manakala Mohamad Sadik, 49, yang sebelum ini bertugas sebagai Setiausaha Bahagian bagi Kemboja, Laos, Myanmar, Vietnam dan Oceania di Wisma Putra, dilantik Duta Besar ke Iran. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN