ARKIB : 26/11/2009
KDRM bakal lelong 367 kereta mewah bernilai RM55.1 juta
![]() |
|
Ibrahim Jaapar (kanan) bersama Pengarah Kastam Selangor, Datuk Roslan Yussof (kiri) melihat kereta mewah yang dirampas oleh kastam Selangor kerana tidak memperoleh permit import di Pelabuhan Klang, semalam. |
PELABUHAN KLANG 25 Nov. - Sebanyak 367 buah kereta mewah bernilai RM55.1 juta yang dirampas oleh Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor sejak Januari lalu, bakal dilelong kepada orang ramai jika pengimportnya gagal mengemukakan permit import (AP) kenderaan itu dalam tempoh yang ditetapkan.
Antara kereta yang dirampas kerana melanggar Perintah Kastam iaitu Larangan Mengenai Import 2008 adalah Mercedes-Benz, Porsche, BMW, Lexus, Toyota Alphard, Toyota Caldina dan Toyota Wish.
Kesemua kenderaan mewah itu yang kebanyakannya dibawa masuk dari United Kingdom dan Jepun, kini tersadai di stor KDRM Selangor di Pelabuhan Barat di sini.
Ketua Pengarah KDRM, Datuk Seri Ibrahim Jaapar berkata, nilai sebuah kenderaan itu bermula dari RM50,000 sebelum cukai. Kesemua rampasan kereta mewah itu dilakukan di pelabuhan di Selangor sejak Januari lalu hingga awal bulan ini.
Beliau berkata, rampasan terbaru melibatkan 50 buah kereta mewah termasuk Porsche di Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Barat pada bulan ini.
"Pengimport semua kenderaan mewah ini masih gagal mengemukakan AP walaupun tempoh sebulan telah diberikan.
"Selepas tempoh itu berakhir, kita akan lucut hak mereka ke atas kenderaan terbabit sebelum kereta-kereta itu dilelong," kata beliau kepada pemberita di stor Bahagian Penguatkuasaan KDRM Selangor di Pelabuhan Barat di sini hari ini.
Terdahulu, beliau dan pegawai kanan KDRM Selangor menghadiri majlis makan tengah hari bersama media di Wisma KDRM Pelabuhan Barat.
Sepanjang tahun ini, kata beliau, sebanyak 150 buah kereta mewah bernilai kira-kira RM20 juta yang ditahan atas kesalahan yang sama telah dituntut di Selangor setelah pengimportnya mengemukakan AP.
Tambahnya lagi, KDRM negeri juga merampas 160 buah kereta pelbagai jenis yang kini berada di stor Pelabuhan Utara di sini.
Kesemua kereta itu, katanya, dirampas sama ada ketika operasi mencegah penyeludupan di seluruh Selangor atau disita kerana digunakan oleh penyeludup yang diberkas.
Dalam pada itu, Ibrahim memberitahu, sejak Januari hingga semalam, KDRM berjaya mematahkan 3,719 kes penyeludupan dengan jumlah rampasan RM213,601,054 dan nilai cukai RM219,643,378.
Ujarnya, antara barangan yang dirampas adalah rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan barangan elektrik.
Paul Low letak jawatan Presiden Transparency International Malaysia
Tangani ajaran sesat tanpa kompromi
Penahanan di bawah Akta Hasutan bukan tindakan keras - Bekas KPN
200,000 dijangka meriahkan Fiesta 75 Tahun Utusan
Segera bertindak terhadap Red Bean Army
KDCA-ISCEP adakan Konsert Kaamatan Ahad malam
Trafik arah utara bergerak perlahan
NextGen e-Perolehan dijangka diguna 2015 - Timbalan Menteri
FAMA tambah 1,000 motosikal roda tiga kepada pembekal buah, sayur
Polis boleh ambil tindakan ke atas Anwar
Sebahagian Lebuh Raya Bukit Jalil ditutup Isnin
Gabungan KPM, KPT kini dikenali Kementerian Pendidikan - TPM
Gambar lampu padam hari mengundi fitnah, dirakam sebelum PRU-13 - SPR
Kahwin bawah umur: Perketat undang-undang sivil, syariah
SEB pastikan kelestarian projek tenaga boleh diperbaharui
3 juta biji kelapa diimport keperluan Ramadan
Idris saman PKR tuduh kurung 24 petugas SPR Parlimen Besut
Ajar Mandarin, Tamil di SK dikaji - TPM
Cadangan BN parti tunggal perlu kajian mendalam - TPM
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










