Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
DALAM NEGERI

ARKIB : 26/11/2009
CIMB Islamic taja 20,000 Utusan Malaysia, Kosmo!

CIMB Islamic taja 20,000 Utusan Malaysia, Kosmo!


Muzaffar Hisham (kiri) menyerahkan tajaan akhbar Utusan Malaysia bernilai RM10, 000 kepada Mohd. Nasir Ali sempena Hari Raya Aidiladha di Ibu Pejabat Utusan, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 25 Nov. - CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB Islamic) menaja masing-masing 10,000 naskhah Utusan Malaysia dan Kosmo! untuk diedarkan percuma kepada orang ramai di Plaza Tol Sungai Besi dan Jalan Duta mulai pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari esok.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic, Muzaffar Hisham berkata, penajaan kedua-dua akhbar terbitan Kumpulan Utusan itu sebahagian daripada kempen hubungan mesra pihaknya dengan media tempatan.

Menurutnya, CIMB Islamic mengambil peluang menaja akhbar-akhbar tersebut sempena Hari Raya Aidiladha pada Jumaat ini iaitu ketika ramai warga kota memulakan perjalanan pulang ke kampung esok.

"Kami mengambil peluang ini untuk mengedarkan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! secara percuma kepada orang ramai di tol Sungai Besi dan tol Jalan Duta di samping mempromosi CIMB Islamic.

"Sebagai institusi perbankan, kami sediakan pelbagai pilihan dan perkhidmatan kepada pelanggan sektor korporat dan peruncitan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan tajaan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! di ibu pejabat Kumpulan Utusan di Jalan Chan Sow Lin di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Mohd. Nasir Ali berkata, pihaknya berbangga dengan penajaan CIMB Islamic iaitu sebuah kumpulan bank yang besar dan menjalankan aktiviti perniagaan berasaskan Islam.

Beliau berharap CIMB Islamic dapat menyumbang bahan-bahan bercirikan Islam dalam ruangan khas di dalam akhbar terbitan Kumpulan Utusan pada masa akan datang.

Hadir sama pada upacara itu Penolong Pengarang Kosmo! Mohd. Noor Samad; Pengurus Kanan Pemasaran/Pengedaran Kumpulan Utusan, Mohd. Basir Abdul Rahim.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN