Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
DALAM NEGERI

ARKIB : 26/11/2009
Kerajaan kaji gubal Akta Perhubungan Awam

Kerajaan kaji gubal Akta Perhubungan Awam

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Kerajaan sedang mengkaji untuk menggubal Akta Perhubungan Awam bagi membolehkan pengamal profesion itu mendapat pengiktirafan setanding negara maju.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, bagi penggubalan akta itu, Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM) dan Jabatan Penerangan akan terlebih dahulu mengkaji kuasa seorang pengamal perhubungan awam di negara ini.

"Selama ini masalah yang dihadapi untuk mewujudkan akta berkenaan adalah definisi perhubungan awam di Malaysia, jadi menerusi IPRM kita akan kaji mengenainya.

"Penggubalan Akta Perhubungan Awam merupakan berita baik kepada golongan wartawan, pegawai perhubungan awam dan penyiar di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucapan bertajuk Peranan dan Tanggungjawab Pengamal Perhubungan Awam Dalam Merealisasikan 1Malaysia di Jabatan Penerangan, Wisma Sime Darby di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurut Rais, IPRM dan pengamal perhubungan awam perlu aktif menjalankan kegiatan menerusi blog dan Internet.

"Ini selaras dasar kerajaan supaya masyarakat Malaysia memberi perhatian kepada kegiatan melalui Internet.

"Pengamal perhubungan awam juga perlu menentukan peranan mereka dalam menjayakan gagasan 1Malaysia," katanya.

Pada majlis itu, Rais melancarkan dua buku, Perkembangan Perhubungan Awam Kerajaan serta Politik Malaysia dan Pengamalan Perhubungan Awam Kerajaan dan Politik Malaysia tulisan Presiden IPRM, Profesor Datuk Mohd. Hamdan Adnan.

Beliau turut menyampaikan Anugerah Felo IPRM kepada enam pengamal perhubungan awam terkenal di negara ini termasuk Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Penerangan, Datuk Poziah Abdul Rahman; Naib Presiden IPRM, Datuk Mohamad Salleh Rafie dan Aisha Rashid.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN