Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 25/11/2009
Kaukus petroleum: Tengku Razaleigh diminta fikir mendalam

Kaukus petroleum: Tengku Razaleigh diminta fikir mendalam

25/11/2009 3:20pm

KUALA LUMPUR 25 Nov. — Tan Sri Muhyiddn Yassin hari ini mminta Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meneliti semasak-masaknya sebelum bersetuju mengetuai kaukus petroleum yang ingin dibentuk oleh pakatan pembangkang bagi menuntut bayaran royalti hasil minyak di Kelantan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pada dasarnya Barisan Nasional (BN) tidak terlibat dengan perkara-perkara sedemikian kerana terikat dengan prinsip parti.

"Eloklah Tengku Razaleigh teliti semasak-masaknya walaupun ia melibatkan negeri Kelantan tetapi ini ditaja oleh pihak parti pembangkang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang nak mengusahakannya.

"Jadi, kalau atas dasar yang biasa, biasanya kita tidak fikir sesuai tetapi saya percaya Tengku Razaleigh faham tentang itu dan kita serah kepada kebijaksanaan beliau untuk teliti sebelum buat keputusan muktamad. Saya fikir beliau orang lama dalam parti, dia tahulah keputusan apa yang dia nak buat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Tengku Razaleigh semalam yang menafikan dakwaan Anwar bahawa beliau telah bersetuju mengetuai kaukus petroleum itu tetapi masih menimbangkannya.

- BERNAMA

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN