|
JOHOR BAHRU 25 Nov. — Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini mencadangkan kerajaan memasang alat pengesan gerakan di semua penjara di negara ini bagi mengelakkan berlakunya kejadian bunuh diri di dalam sel.
Pesuruhjaya Suhakam, Datuk N. Siva Subramaniam berkata, Jabatan Penjara Malaysia juga perlu kerap menjalankan pemeriksaan kesihatan banduan supaya kejadian tahanan mati di dalam penjara dapat dielakkan.
"Alat pengesan gerakan itu dapat memantau pergerakan banduan dengan lebih tepat bagi mengelak cubaan bunuh diri.
``Sebagai contoh, jika alat itu dapat mengesan banduan yang tidak bergerak lebih daripada 20 minit, itu menunjukkan kemungkinan berlaku sesuatu terhadap banduan itu dan warden penjara boleh melakukan pemeriksaan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Penjara Ayer Molek, di sini, hari ini. - Bernama
IKLAN@UTUSAN
|