Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 25/11/2009
3,513 permohonan kerakyatan diluluskan

3,513 permohonan kerakyatan diluluskan

25/11/2009 4:33pm

KUALA LUMPUR 25 Nov. — Sebanyak 3,513 permohonan kerakyatan diluluskan dalam tempoh antara 9 April hingga 20 Oktober lalu, semenjak Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerajui Kementerian Dalam Negeri.

Hishammuddin berkata, sejumlah 11,573 permohonan pula masih dalam pertimbangan kementerian itu dalam tempoh yang sama.

"Proses permohonan taraf kewarganegaran yang mengambil masa begitu panjang disebabkan ia melibatkan pelbagai peringkat pemprosesan yang ditetapkan di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teng Boon Soon (BN-Tebrau) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

- BERNAMA

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN