|
COLOMBO 25 Nov. - Bekas ketua tentera Sri Lanka akan mencabar Presiden Mahinda Rajapakse pada pilihan raya akan datang, menurut sebuah parti pembangkang hari ini.
Barisan Liberal Rakyat (JVP) yang sebelum ini pernah menyokong Rajapakse berkata, Jeneral Sarath Fonseka akan bertanding menentang bekas pemimpinnya itu pada pilihan raya Presiden yang dijangka antara 11 hingga 13 Januari depan.
“Kami telah menyatakan persetujuan malam tadi (Isnin) bahawa beliau (Fonseka) akan bertanding sebagai calon pembangkang.
“Kami akan memastikan kemenangannya dan kejatuhan Rajapakse,’’ kata peguam JVP, Anurakumara Dissanayake. - AFP
IKLAN@UTUSAN
|