Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
POLITIK

ARKIB : 25/11/2009
Kecualikan pemilihan sayap parti

Kecualikan pemilihan sayap parti

PUTRAJAYA 24 Nov. - MCA tidak perlu mengadakan pemilihan semula untuk sayap pemuda dan wanitanya yang diketuai Datuk Wee Ka Siong dan Datin Paduka Chew Mei Fun.

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pemilihan semula Pemuda dan Wanita MCA kerana kedua-dua sayap tersebut tidak mengalami pertelingkahan besar.

''Masalah dihadapi sekarang adalah Jawatankuasa Pusat (CC) MCA tidak boleh berfungsi secara normal.

''Masalah CC perlu diselesaikan terlebih dahulu dan kita tidak perlu adakan pemilihan semula untuk sayap Pemuda atau Wanita,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Kesihatan China, Wang Guo Qiang di sini hari ini.

Tiong Lai mengulas ura-ura terdapat pihak yang mahu pemilihan semula Pemuda dan Wanita MCA dijalankan serentak dengan pemilihan semula CC.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menetapkan tempoh seminggu untuk merangka satu formula bagi dipersetujui oleh semua pihak yang bertelagah dalam MCA.

Banyak pihak melihat pemilihan semula CC MCA merupakan cara terbaik untuk menyelesaikan kemelut dalam parti itu.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN