Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
PARLIMEN

ARKIB : 25/11/2009
Caruman SSPN serendah RM20 sebulan

Caruman SSPN serendah RM20 sebulan

KUALA LUMPUR 24 Nov. - Rakyat di negara ini boleh mencarum serendah RM20 sebulan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) demi menjamin masa depan pendidikan tinggi anak-anak.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr. Hou Kok Chung berkata, langkah itu merupakan sebahagian usaha kerajaan menggalakkan tabungan di kalangan masyarakat negara ini.

Selain itu, katanya, para pencarum SSPN juga mendapat perlindungan insurans sehingga RM50,000 serta pampasan maksimum RM1,000 sekiranya berlaku kematian.

''Kerajaan juga memberi pelepasan cukai sebanyak RM3,000 setahun bagi menggalakkan budaya menabung dalam SSPN," katanya menjawab soalan Datuk Juslie Ajirol (BN-Libaran) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, katanya, sejumlah 847,962 akaun SSPN telah dibuka sehingga Ogos lalu dengan jumlah deposit mencecah RM253 juta.

Daripada jumlah itu, katanya, Selangor mencatatkan tabungan tertinggi dengan 147,769 pencarum berjumlah RM57 juta; Johor (105,688, RM57 juta); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (52,649, RM22.3 juta) dan Perak (79,473, RM19.8 juta).

Kok Chung menambah, sekiranya terdapat kematian atau anak-anak kepada pencarum tidak melanjutkan pengajian di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT), tabungan mereka itu akan dipulangkan melalui mekanisme sedia ada.

Dalam pada itu, Juslie meminta kementerian terbabit dan PTPTN menyalurkan lebih banyak maklumat kepada para penduduk di kawasan pedalaman supaya mereka juga dapat menyertai SSPN serta mendapat manfaatnya.

''Ini amat penting untuk masa depan anak-anak belajar. Adakah kementerian bercadang membuka kaunter (penerangan SSPN) di kawasan kampung seperti di Libaran yang tidak cukup maklumat," ujarnya.

Kok Chung memberitahu, kementerian ada menyediakan pusat-pusat maklumat mengenai tabungan itu di Sabah dan Sarawak serta berharap kemudahan itu dapat digunakan para pelajar di sana," jelasnya.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN