|
![]() |
|
Tuanku Mizan Zainal Abidin menganugerahkan pingat JMN kepada Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM, Prof. Dr. Sharifah Mastura Syed Abdullah pada Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara, semalam. BERNAMA |
KUALA LUMPUR 24 Nov. Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini mengurniakan pingat dan darjah kebesaran kepada 243 penerima di Istana Negara sempena ulang tahun keputeraan baginda pada 6 Jun.
Mengetuai senarai ialah mendiang bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Vincent Ng Kim Khoay yang diwakili isterinya Datin Swee Cheng menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.
Sementara itu enam orang menerima pingat Johan Mangku Negara (JMN) iaitu Panglima Pendidikan dan Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Muda Datuk Musa Omar, Anggota Dewan Negara Melaka Senator Lee Cheam Choon, bekas Anggota Dewan Undangan Negeri dan Parlimen Sabah Dr. Othman Minudin.
Tiga orang lagi ialah Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Sharifah Mastura Syed Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (ICT) Mampu Jabatan Perdana Menteri, Dr. Nor Aliah Mod Zahri dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Hasnah Mohammed Hashim.
Sementara itu, 11 orang menerima Johan Setia Mahkota (JSM), 41 orang menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN), 80 orang menerima Ahli Mangku Negara (AMN) dan 104 orang menerima Pingat Pangkuan Negara (PPN).
BERNAMA
IKLAN@UTUSAN
|